Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana mendapat peluang menyertai seminar sebegini biarpun sehari sahaja sbb masalah kesihatan.
Seminar ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis, begitu hangat sambutannya. MasyaAllah.
Berlangsung selama dua hari 23 dan 24 april 2011 di hotel royale chulan KL. mendapat sokongan padu daripada Raja Muda Perlis … semoga senario sebegini berterusan hendaknya, apatah lagi kita sebenarnya berada diakhir zaman yang penuh mencabar …. banyak sungguh unsur2 jahiliah sekarang ini.
Tema persidangan: DAN BERPEGANGLAH KAMU SEMUANYA KEPADA TALI (AGAMA) ALLAH DAN JANGANLAH KAMU BERCERAI BERAI (ALI IMRAN : 103)
Para pembentang kertas kerja telah menyempurnakan tugasan mereka dengan baik sekali, Masya allah.
Kehadiran Imam Besar Masjidil Haram … Sheikh Dr. Abdul rahman bin abdul Aziz As Sudais menyemarakkan lagi majlis, beliau menyampai ceramah umum dalam bahasa arab … sungguh bersemangat mengingatkan orang orang Islam tentang pesanan Al Quran dan Assunah ….biarpun orang2 sepertiku yang tidak tahu bahasa arab ni … bersemangat aja dengar dia berucap …. di akhiri dengan alunan ayat2 suci al Quran, Masya Allah, mengingatkan aku kembali kepada detik-detik di tanah suci di mana Imam Sudais menjadi Imam, syahdunyaaaaaa …. Masya allah.
DATO’ DR JOHARI BIN MAT …. PENSYARAH KIAS
DR ABDUL BASIT BIN ABD RAHMAH … PENSYARAH KIAS
DDR ISMAIL LUTFI … THAILAND






