SELAYANG PANDANG

February 10, 2010

Membina istana bahagia ….

Filed under: Uncategorized — yangmazni @ 2:03 pm

kdg2 rezeki nak datang … banyaklah tengok kes2 marital discord …. pagi ni pun ada satu …. well, it takes two to tango … jadi kalau sebelah pihak aja yang berusaha … sebelah lagi buat hal … susah kan …  kesian mak cik ni, dah masuk setengah abad dah … tiba2 suami buat hal … inilah dugaan dalam hidup … semoga masih ada sinar2 kebahagiaan untuk dia dihujung usia ni …

perkara sebegini, baik kita muhasabah diri kita … aku pun sebenarnya … bila tengah emoooo tu, merajuk jugak … padahal sebenarnya, syukur alhamdulillah, cik abang ku memang penyayang orangnya.  tak pernah mengabaikan keluarga.  he would try his best to accomodate us …. iyalah, lately dia memang sibuk banget (sibuk2 juga bang … jangan lupa anak bini dah ler heheheh) … nasib baik sekarang ni ku dah leh drive sendiri … so senang sket nak ke sana ke mari

sebenarnya pokok pangkal kita, kita yang mencorakkan apa yang  kita nak dalam hidup ni … aku cuma inginkan kebahagiaan dalam kesederhanaan.  klu berlebihan, ujian dalam bentuk lain pulak muncul …

February 8, 2010

Mencari damai ….

Filed under: Motivasi dan Inspirasi — yangmazni @ 5:05 pm

hari ini datang kerja … emmm as usual banyak dateline yang menunggu … well prioritize lah … so dah siap mana yang urgent … cumanya banyak betul report writing nak kena wat nih … sekarang ni, tengah miongggggg sbb mood dah lari …emmm mood dah lari, idea pun kurenggggg … nak cari perkataan atau vocab pun susah. huhuhuuuuuuuu

apa nak buat ni, ada lagi 45 minit sebelum waktu bekerja tamat dan nak balik rumah … sabar2 kanlah hati … take a deep breath … buat walk about sket … and sit down again … sighhhhhhh okay let’s do it ….

February 6, 2010

tips menceriakan hidup ..

Filed under: Motivasi dan Inspirasi — yangmazni @ 9:36 pm

saya sangat suka baca blog SERIBU WARNA PELANGI

banyak pengajaran yang dapat … sekurang2nya dapatlah makanan kerohanian sedikit sebanyak

Tidurlah dalam senyuman

SETIAP orang berhak untuk bahagia! Ingin tahu bagaimana menjadikan hidup anda lebih ceria? Ikuti beberapa tip di bawah. Mungkin ia dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Buka hari anda dengan sebuah senyuman! Senyumlah, anda akan berasa lebih segar. Sebaik anda buka mata, senyumlah pada yang tersayang. Mungkin dia juga menunggu untuk senyum kepada anda. Atau, bukalah tingkap dan pandanglah pada mentari yang sedang menanti anda. Ukirlah senyuman manis di bibir anda apabila melihat sinarannya.

Pastikan hari anda lebih indah daripada sebelumnya. Anda berkuasa sepenuhnya bagaimana untuk mencorakkan hari anda. Jadi, pilihlah untuk mulakan hari anda dengan sedikit gerakan pada bahagian bibir. Biasanya, sesuatu yang bermula dengan baik akan berakhir dengan lebih baik!

•    Hadapi semua masalah dengan hati terbuka. Kemudian, barulah bertindak. Mungkin hari ini anda sedang menghadapi detik-detik sukar dalam hidup anda. Sekalipun kita tidak mampu mengelak daripada masalah tersebut, kita mesti berjaya berdepan dengannya. Yakinilah, jika anda telah berusaha keras untuk menanganinya, hasilnya juga pasti berbaloi. Anda hanya perlu bersabar sahaja menunggu ganjaran itu datang kepada anda. Ia tetap datang. Cepat atau lambat sahaja. Hidup ini memang begitu! Dan sebenarnya, kehidupan kita pada hari ini hasil daripada apa yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya.

•    Hulurlah tangan kepada sesiapa yang memerlukan. Meringankan penderitaan seseorang akan dapat meringankan hati anda. Andainya anda terlihat seekor rama-rama terkapai-kapai di permukaan air dengan badannya yang terbalik ke atas, ambillah sedikit masa untuk menyelamatkannya. Jika tergerak naluri anda untuk menyelamatkan seekor rama-rama yang hampir kelemasan, tentulah anda tidak sampai hati membiarkan seorang manusia seperti anda menanggung kesusahannya seorang diri.

Paling tidak, berilah sokongan kepadanya sekalipun anda tidak mampu menghulurkan bantuan yang lebih dari itu. Hari ini seseorang memerlukan anda, tapi pada hari esok anda pasti memerlukan seseorang. Oleh itu, patuhilah fitrah alam bahawa kita saling memerlukan.

•    Belajarlah untuk berkata benar. Kebenaran itu indah. Tapi harus berpada-pada. Pastikan kebenaran itu tidak melukai sesiapa. Mungkin kebenaran itu bermakna bagi satu pihak, tapi menyakitkan bagi satu pihak yang lain. Letakkan diri anda di tempat pihak tersebut dan cubalah fahami situasinya jika berdepan dengan kebenaran yang bakal anda bentangkan. Tidak salah berkata benar, malah memang anda dituntut untuk berbuat demikian. Tapi, nyatakannya dengan berhemah agar tidak melukai hati sesiapa.

•    Cuba hadkan keinginan harian anda. Keinginan yang terlampau banyak dan tinggi hanya akan menambahkan tekanan dan kerisauan. Janganlah dalam sehari itu anda mengerah segala tumpuan dan usaha untuk memiliki rumah besar, kereta mewah dan wang berjuta. Semua ini boleh menyebabkan anda tidak senang duduk.

Jangan sesekali membebankan hidup dengan memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan semua itu serentak, pada hari itu juga. Penuhi keperluan asas anda dan keluarga terlebih dahulu. Kemudian, barulah fokus kepada kehendak tersebut satu per satu.

•     Hargai dan fahamilah bahawa Tuhan merupakan pemilik yang agung. Anda perlu menerima hakikat bahawa apa yang menjadi milik anda pada hari ini hanyalah milikan sementara. Tiada yang kekal. Hari ini anda disayangi keluarga, rakan-rakan, teman sepejabat, tidak mustahil suatu hari nanti situasi akan berubah. Mungkin hari ini anda mempunyai kereta yang cantik atau rumah yang besar tapi belum tentu anda akan memiliki benda yang sama pada hari esok.
Anggap saja ia sebagai amanat yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan kepada anda. Dan suatu hari nanti, anda akan memulangkannya kepada yang hak iaitu Tuhan. Hargai dan syukuri apa yang ada dalam genggaman anda hari ini dan biarkan ia pergi jika memang itu yang telah dilakdirkan.

• Sekiranya anda berjumpa seseorang yang lebih baik daripada anda, jangan sesekali biarkan perasaan dengki menyelubungi diri anda. Kagumi kejayaannya. Dalam masa yang sama, fikirkan orang lain yang jauh lebih teruk berbanding anda. Anda sebenarnya bernasib baik jika dibandingkan dengan sesetengah orang yang terpaksa hidup, dalam penderitaan dan kesengsaraan. Jika anda fikirkan anda manusia malang, ketahuilah bahawa di luar sana ramai lagi yang lebih malang.

•     Berani mengakui kesalahan sendiri. Ketepikan sejenak ego yang ada dalam diri, hati anda akan lebih tenang. Tiada sesiapa yang dapat lari daripada membuat kesilapan. Itulah fitrah manusia seperti kita.

•     Sebelum melelapkan mata, insafilah semua rahmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada anda sepanjang hari itu. Ingatlah semua yang telah anda lakukan pada hari ini. Bermohonlah kepada Yang Maha Kuasa supaya anda akan kekal dalam rahmatnya untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Jangan lupa mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana menjadikan diri anda seperti anda pada hari ini. Setelah itu, pejamkan mata dengan bibir yang tersenyum serta hati yang bersih dan ceria.

LTDL 2009 ~ January

Filed under: Special Event — yangmazni @ 10:15 am

ini secara kebetulan aja sebenarnya … lupa dah apa tujuan kami ke jalan TAR … cari something kut … pstu makan nasi beriani kat restoran INSAF …

February 5, 2010

BAGAN LALANG 2009

Filed under: Uncategorized — yangmazni @ 8:42 pm

first quarter of last year rasanya ada dua tiga kali gi bagan lalang nih … sampai anak2 naik bosan hehehe

anyway, layan ajalah gambar lama nih

February 4, 2010

SOUQ 2009

Filed under: Jalan-jalan — yangmazni @ 10:06 pm

again godak2 gambar lama … dah lama pergi jalan2 kat souq, putrajaya ni … baru dapat transfer gambar ni hehehe … layan ajalah

Souq is a Persian word that means a street of small stalls. The Souq at the lower level of Masjid Putra in Putrajaya, recreates the exotic atmosphere and retailing splendour of a world famous market bazaar.

With more than 50 stalls offering food items (Turkish dates, home-made jam, nuts and pickles), fashion and accessories, gifts, handicrafts and souvenirs of Putrajaya, the Souq aims to capture the true essence of the market bazaar through the use of rich and highly patterned materials, exquisite murals and artwork.

Trading hours:
Monday – Friday : 10.00 a.m to 7.00 p.m
Weekends & holidays : 10.00 a.m to 9.00 p.m


New laptop lalalalaaaaaa

Filed under: Uncategorized — yangmazni @ 8:31 am

yesterday, during lunch hours, rushed to alamanda … had to  get one laptop today, tak tahan dahhhhh heheheh …. tengok yang berkenan di hati dan juga berkenan dek budget, terus sambar aja.  ku ni bukan reti nak ambik yang canggih manggih tuh, jadi ambik yang kira2 ku boleh gunalah ek.

balik rumah petang tuh, terus godak2 mana yang patut, barulah dapat install software camera canon ku yang dah berzaman tuh … barulah dapat transfer heheh

jadik nak tempek gak kat sini … dapatlah mataku melayan gambar2 ni biarpun dah lama heheh

ini gambar kat taman tasik cempaka … tempat biasa untuk kegiatan riadah

kat bawah ni pulak, gambar adik yang tengah mood baik untuk posing2

gambar makan2 pun ada gak

ini kat rasa foodcourt, alamanda … ngah sangat2 suka makan dia punya waffle with banana and icecream heheh

February 1, 2010

IUCD ….

Filed under: Uncategorized — yangmazni @ 9:21 pm

ari ni first feb … cik abang sorang aja cuti … mama kerja and anak2 sekolah.  anyway, today, bad mood lah. pagi2 lagi ada problem ngan pc.  hmmm penat betullah … petang lak ada appointment ngan gynae

pasang iucd … it has been more than 2 years since i first contemplating on this, sebenarnya dah lama tak tahan hormonal side effects of ocp, tapi takutlah nak insert tuh.  cuma ari tuh, terjumpa member kat tengah jalan, spontan aja ku tanya dia ttg ni.  so dia kata boleh … terus ku pergi buat appoinment, sbb ku takut ku ubah fikiran plak heheh

emmm mula2 tuh, tak yakin sangat bila mo tu macam tak reti nak bagi explanation, last2 ku tanya gak member ku tu, esp tang failure rate lah … anyway, ku buat decide nak cuba gak.  aduhhhhhhhhhhhhhh boleh tahan gaklah sakitnya, sebab ku punya uterus tu anteverted, jenuh plak lah si mo ni kerja kan hahahhah … sakit woiiiiii tapi ku tahan ajalah, kontrol jelita beb.

lepas tuh, aduh terasa senak gak untuk beberapa jam.  sekarang ni baru rasa lega sket … tapi as expected, menses ku makin banyak instead of finishing huhuhuhuuu, anyway, tengoklah nanti cam na ek.

January 31, 2010

Pelamin angan ku …. tak pasti

Filed under: Uncategorized — yangmazni @ 9:31 pm

hopefully one day dapatlah ku menjejaki tempat ini …. biasalah kekangan masa menyebabkan kami tak boleh berjalan2 dengan kerap seperti dulu lagi.

gambar2 ini membuatkan ku sungguh teruja … not my own, from its website.  pinjam untuk tatapan mataku ….

rindu sungguh untuk menembak sepuas hatiku seperti dulu2 … masa jadi surirumah dulu kat jepun …. bila balik dan kerja sekarang ni, rasa2nya jarang benar ku dapat menembak sepuas hati ….

lagipun sekarang ni laptop ku sudah KIOKKKKK … dah kembali ke alam lain, tak dapat nak tengok2 gambar2 lama …. sib baik ada back up …. so sekarang ni, online ngan komputer ehsan daripada office cik abang …. semalam ke ukm jenguk pc fair, tapi so frustrating …. tak banyak pilihan.  emmm ku mesti dapatkan jugak dalam jangkamasa terdekat ni … banyak penulisan nak kena siapkan ni …. anyway, nak cari yang murah2 ajalah, ku ni bukan orang yang high tech pun … dapat guna yang asas pun cukuplah …. asal kerja ku on … aku pun okay ajaaaaaa

January 25, 2010

Okasangrp gathering aka farewell lunch

Filed under: Uncategorized — yangmazni @ 7:02 pm

dah lama betul tak masak2 & get together …. since ros nak pindah penang end of jan ni, so ambik kesempatan ni ajak okasangroup makan2 …. makan lunch lst sunday, buat nasi kerabu, fuyoooooooo lama betul ku tak masak2 ni heheheh, i mean for a large group of people ler

dia orang datang ngan family masing2, antara yang hadir, faridah, che ma, ros dan nani …. gamat bila dah lama tak berkumpul ni.

antara buah tangan yang dia orang bawak …. terima kasih banyak2 lah. 

brownies and cupcake … daripada ros, dia nak perabihkan mana2 yang ada dalam peti ais dia heheheh

ini pulak faridah yang bawak … gambar lain2 tak dan nak snap, asik dok borak aja, maklumlah banyak citer heheheh

Next Page »

Blog at WordPress.com.